
Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia
“UKM Jiwa Perihatin : Mesra OKU”
UKM sentiasa berusaha dalam memperkukuhkan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan aspirasi menjadikan universiti sebagai kampus inklusif. Di dalam lembayung TERAS telah menyarankan warga UKM seharusnya mempunyai jati diri kebangsaan dan bersemangat dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat dan negara ke arah kampus prihatin yang mesra OKU.
Oleh itu, salah satu usaha dalam merealisasikan perkara ini, UKM akan menganjurkan “Karnival Cakna OKU”.
Tujuan karnival ini adalah sebagai satu platform dalam menyebar luaskan pengetahuan dan kesedaran warga universiti, industri dan masyarakat terhadap OKU.
Ayuh bersama-sama kita memeriahkan Karnival yang akan dianjurkan pada :
🗓️ Tarikh : 26 dan 27 Januari 2023
🗓️ Hari : Khamis dan Jumaat
⏰ Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
📍Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Antara yang menarik dalam karnival ini :
1. Forum : Universiti Inklusif Mesra OKU
2. Bicara Cakna OKU
3. Permainan dalaman bersama OKU
4. Explorace mengenali OKU
5. Kelas asas bahasa Isyarat Malaysia
6. Pameran : NGO OKU, Industri dan Penyelidikan Universiti
7. Jualan Usahawan OKU
8. Jualan Food truck
SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN PENYERTAAN KE KARNIVAL ADALAH PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dan mendekati OKU. Jom kita sama-sama memeriahkan Karnival ini.Jumpa anda disana! 😃
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi 📞:
1.Encik Muhammad Amirul Abdul Razak
Ketua Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU
2.Cik Syamimi Yusuf
Pembantu Tadbir
☎️03-89215121/ 4694
✉️ upsoku@ukm.edu.my
#karnivalOKU
#UKMmesraOKU
#kampusinklusif
#UniversitiWatanKita
No Comments